Sunday, July 3, 2011

aku suka melihat video Dr. Asri bercerita tentang tawakal, dalam kehidupan ini sentiasa berputar pusing ke atas ke bawah terasa susah senang marah sedih kecewa gembira. segalanya datang dari allah dan kembali padaNya. jika kita rasa sedih kecewa marah ingatlah ia diberi allah untuk menguji diri kita dan jika kita terasa gembira senang ia juga datang dari allah atas rahmatnya atau mungkin sedikit ujian kepada kita. rezeki datang dengan jalan yang disangka atau tidak disangka. kadang kadang dikala kita sesat dan dipenghujung jalan, dan kita berserah pada allah dan tanpa tanpa disangka allah akan bukakan satu jalan pada kita. hidup ini mungkin kita tidak kaya tiada apa apa harta tiada awek cun hehehe atau apapun tapi ingat allah akan memberi secukupnya pada kita. mungkin kita tidak kaya kerana jika kaya maka kita akan menjadi sombong dan lupa pada allah. mungkin orang asyik bertanya pasal membujang tetapi mungkin berkahwin kehidupan kita tidak menjadi lebih baek bergaduh bercerai dera anak. dan maka allah sentiasa lebih tahu dari kita apa yang terbaek untuk kita. hasbu na allah wa nikmat wakil cukuplah bagi kita dengan apa nikmat yang allah beri.

No comments:

Post a Comment